Rabu, Oktober 27, 2010

Geran "mi segera" dari Kerajaan PAS Negeri?



Kelantan akan beri 2,000 geran tanah kepada peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

"Kelantan merupakan negeri pertama memberi kelulusan hak milik kepada peneroka individu di tanah rancangan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda PAS Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Markas PAS Gua Musang, di sini, Sabtu.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua tanah rancangan Felda itu bukan dalam kawasan DUN Galas tetapi kerajaan negeri berhak memberi geran hak milik kerana mereka telah menjelaskan semua hutangnya.

Ditanya mengenai pemilihan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas, Husam berkata memang sudah ada calon dan perwatakannya sama seperti bekas penyandang, Allahyarham Che Hashim Sulaima.

"Pemilihan calon akan diputuskan dalam sedikit masa lagi," kata Husam, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Kelantan.Katanya parti itu yakin akan mendapat sokongan masyarakat Cina, India dan Orang Asli di kawasan itu bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim, 45, dari PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November ini. - BERNAMA

Semuanya penuh dengan akan. Ini bermakna hanya janji yang tidak akan dikota. Baca seterusnya komen blog Exception di sini

1 ulasan:

khalid berkata...

ularmakk dah pandai main rasuah... keh3... habislah Islam dilacur oleh org2 PAS.