Khamis, Oktober 21, 2010

"Galas bukan masaalah PKR, Itu masaalah PAS" - Anwar


Pakatan yang tidak sepakat. Itulah yang boleh diterjemahkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bersikap lepas tangan terhadap Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Ketika sedang hangat diperkatakan, ketika para penyokong parti politik sedang bersiap siaga untuk berentap, Anwar mengeluarkan kenyataan kepada ”anak buah”nya bahawa “Galas bukan masalah kita, itu masalah PAS”!

Itulah sikap “dewa” yang PAS puja selama ini. Itulah reaksi di sebalik tabir PKR terhadap PRK yang bakal berlangsung di Kelantan.


Menurut sumber dalaman PKR, penulis diberitahu bahawa pakar-pakar strategi PKR telah diarahkan oleh “de facto”nya agar tidak campur tangan dalam pilihanraya kecil di kawasan Gua Musang itu.

Pastinya PAS akan keseorangan kali ini. PKR sudah menerima wahyu “negatif” dari “tangan ghaib”nya. DAP pula tentunya akan keberatan untuk menolong PAS setelah PKR yang menjadi “orang tengah” di antara parti songsang itu mengundur diri. Siapa PAS di mata DAP? Hanyalah “keldai tunggangan” semata-mata…

Difahamkan PAS kini sedang bergelut dengan masalah dalamannya. Mursyidul Am PAS dan kepimpinannya dikhabarkan bermasalah dengan Presiden PAS dan “geng”nya.

Juga difahamkan bahawa Presiden PAS dan hampir seluruh kepimpinan PAS Pusat kurang berpuas hati dengan Nik Aziz yang ternyata menongkah arus dari perjuangan sebenar PAS. Mereka didapati bertelagah sesama sendiri berkenaan isu-isu semasa seperti penggunaan kalimah “Allah” sebagai contoh.

Memandangkan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS yang menentukan kata putus, Presiden dan “geng” ulama’ PAS bersikap “dingin” terhadapnya berikutan tidak bersetuju dengan kata putus Nik Aziz yang berpaksikan politik semata-mata dan meninggalkan nilai-nilai Islam. Namun perkara ini berjaya disembunyikan dari pengetahuan umum.

Berikutan Ku Li telah menerima perlantikan sebagai Pengarah PRK DUN Galas, maka penyokong-penyokong PAS di DUN Galas berbelah bagi terhadap sokongan mereka. Ku Li disayangi oleh seluruh masyarakat Gua Musang. Ahli Parlimen yang tidak pernah kalah dikubu kuatnya, Ku Li disegani oleh kawan dan lawan.

Moral penyokong PAS kini berada di dalam keadaan bercelaru. Dan ini memaksa PAS Kelantan mengimport seberapa ramai peraih undi dan tukang kempen mereka, selain mengerah jentera-jentera luar untuk ke DUN Galas bagi memulihkan “semangat” agama PAS yang semakin kendur.

Apakah PAS berupaya mempertahankan DUN Galas? Jawapannya ada pada pengundi DUN Galas. Biar seberapa banyak orang luar yang bertandang ke DUN Galas, hakikatnya mereka tidak boleh mengundi. Mereka hanya mampu memujuk penduduk setempat untuk memilih parti dan calon pilihan mereka.

Penulis mengesa supaya UMNO tidak mengambil mudah PRK DUN Galas ini meskipun angin bertiup kencang menghembuskan khabar kemenangan yang memihak kepada UMNO. Ku Li berjanji akan memastikan UMNO menang besar di DUN Galas.

Sama-samalah kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Usah cepat selesa dengan sikap acuh tidak acuh PKR dan DAP. Usah memandang rendah keupayaan PAS. Kita harus rasional dalam PRK ini agar kemenangan ini memihak kepada UMNO.

Apa pun, penulis dapat mengandaikan bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan yang “tidak ikhlas”. Benarlah kata-kata bahawa “PAS, PKR dan DAP tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain”. Pakatan Rakyat tidak punya hala tuju yang pasti.

PKR hanya berjuang untuk memastikan Anwar dapat jadi Perdana Menteri. DAP pula dengan gagasan “Malaysian Malaysia” yang akan menafikan sebarang keistimewaan dan hak Melayu, selain meng”Singapore”kan Malaysia. PAS pula dengan hanya ingin menunjukkan bahawa mereka lebih Islam berbanding umat Islam yang berlainan parti dari mereka.

Hasrat DAP bertentangan dengan PAS, dan PAS menyimpan perasaan “menyampah” pada DAP. PKR peduli apa? Asalkan Anwar dapat jadi PM, pergi jahanam dengan DAP dan PAS!

Penulis kesal dengan nasib PAS yang akan bertanding di DUN Galas ini. Mereka bagaikan “handicapped”. Mereka tidak cukup lengkap dengan sokongan “pro Yahudi” dan “anti Islam” kali ini. Pastinya mereka gusar apabila mendengar khabar bahawa Anwar enggan campur tangan di PRK DUN Galas.

Pastinya pejuang-pejuang berani mati PAS sudah bersedia dengan bendera masing-masing dan sedang mencari jalanraya yang selamat untuk mereka “tidur sambil pegang bendera”.

Apakah bendera dan tokoh-tokoh penipu PKR dan DAP akan muncul di Galas, akhirnya? Sama-samalah kita nantikan. Penulis hanya mahu “adil” pada PRK ini.

Penulis mahu Pakatan Rakyat menggunakan segenap jentera untuk memastikan Galas dipertahankan. Jika tidak, UMNO akan menang mudah. “Gentleman” lah sikit, tak mencabarlah menang macam tu…


MyKMU

2 ulasan:

Wake UP! berkata...

Salam. Saya dah masukkan link anda dalam blog list saya.

melanau blogger berkata...

salam,
terima kasih atas kunjungan.
link saudara sudah dipaut, mohon di pasang juga link saya.

terima kasih