Isnin, Oktober 25, 2010

PAS rasuah dan ugut pengundi Cina



PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang.

Blog Ohpolitik! telah menjumpai barangan 'goodies' tersangkut di rumah kaum-kaum Cina. Dalamnya berisi, teh Boh 50g, keropok Sira Berlada 80g, Lee Cream Crackers 420g, Munchy's Yosss 105g, dan gula pasir PRAI 1kg.

Bukan setakat itu saja.

Pembahagian hadiah ini adalah sebahagian dari gelombang pertama kempen PAS yang melibatkan kempen rumah ke rumah oleh Muslimah PAS.


Blog Yang Gambi di sini melaporkan isteri Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, Datin Salbiah turut sama dengan Muslimah PAS memberi 'rasuah' pilihanraya. Dalam gambar di atas, Datin memberi hadiah kepada pengundi Cina.

Walaupun kerajaan PAS masih tidak menunaikan janji lebih 10 tahun untuk memberi peneroka Cina geran,  kesan kempen Muslimah PAS ada kesannya.

Tinjauan dengan pengundi-pengundi Cina di Kg Pulai mendapati mereka terus terang berkata akan tetap memberi undi kepada PAS. Difahamkan kempen yang dimainkan oleh Muslimah PAS berbunyi satu ugutan. Kalau tidak undi PAS, mereka tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Selain itu, penoreh-penoreh getah Cina faham maksud tersirat dalam ceramah pemimpin PAS kepada mereka yang mana mereka berjanji ‘tidak akan menggangu atau tidak akan diambil tindakan atau diusir dari tanah-tanah yang diceroboh’ selagi PAS memerintah Kelantan. Penoreh getah kaum Cina sentiasa dalam kerisauan kerana tanah yang mereka teroka tidak mempunyai geran dan tanah mereka boleh dirampas.

Pengundi Cina melihat bagaimana ganas dan penuh tipudaya kerajaan PAS negeri merampas tanah-tanah yang diduduki orang Melayu dan tanah-tanah terlindung bawah Akta Orang Asli 1954 yang diduduki orang Asli dirampas untuk diberi kepada tauke-tauke Cina urus sebagai Ladang Rakyat atau ladang sayur.

Ini tentu membuat mereka berfikir, terutama dengan harga getah sekarang sudah setinggi sekitar RM6.40 sekilo.

Kalau kempen dan ugutan tidak berkesan, khabarnya PAS sudah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh balak Ladang Rakyat seperti Kenneth Tan dan Ah Min serta taukeh sayur dan balak dari Singapura, Bernard Loo.

Mereka akan memberikan wang 'saguhati' antara RM800 - RM1,000 seorang kepada sebahagian besar dari 2,000 pengundi Cina. Jika pujuk rayu, 'hadiah' dan wang masih tidak mengekalkan undi mereka kepada PAS, tidak hairan tauke-tauke ini menggunakan samseng untuk mengugut pengundi-pengundi Cina.

Orang dan penyokong PAS nampaknya sudah begitu kaya hingga sedia memberi rasuah dan bersekongkol dengan kemungkaran. Selama ini, mereka menuduh UMNO dengan pelbagai fitnah dan menambah-menambah cerita, rupanya mereka sebenarnya "cakap tidak serupa bikin."

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO ambil duit itu dinama Rasuah
Kalau PAS ambil duit itu dinama Amal Jariah
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)

Tanpa Nama berkata...

sesat...sesat..PARTI ANAK SETAN

Tanpa Nama berkata...

ingat orang cina serupa anjing kah.!! beri macam itu.

tan

Tanpa Nama berkata...

Pok Nik royat dos ke..
Bue bare ambik..
Maknanya Poknik menggalakkan rakyat menerima rasuah..

hahaha..

joehan berkata...

hahaha..pas akn menghalalkn apa jua cr semata2 demi undi politik..

Tanpa Nama berkata...

Dari dulu lagi kita tahu bahawa pemimpin PAS memperalatkan agama:

Dalam kempen PRU 10 pada tahun 1999Pemimpin PAS di Trengganu kata kalau PAS berjaya memerintah negeri Trengganu, sebelum ayam berkokok undang2 Hudud akan dilaksanakan. Dengan takdir Allah, PAS menang di Trengganu. Sampai PAS hilang kuasa pada PRU 11 pada tahun 2004, hukum Hudud tidak dilaksanakan di negeri Trengganu.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah jauhilah partiku dari orang-orang yg selalu buat kerja macamtu. Aku tak rela mereka masuk partiku takut penyakit berjangkit. Anjing kalau dah biasa makan tahi walau pun taubat tetap dicium juga.

Tanpa Nama berkata...

apa la bengat sgt lmbt phm .. kerja ni kerja umno bkn kerja pas .. semua bdk kelas minda rendah ka kt sini?

Tanpa Nama berkata...

kalau pas menang di galas, terus buat hudud ke? mcm menang kat trg 1999 kan. tapi kalau dap tak kasi buat hudud mcmana ekh? sbb semua pak nik kena tanya dap dulu..... :-)

Tanpa Nama berkata...

pas merasuah???
nauzubillah....astgfrullah...