Jumaat, Oktober 01, 2010

PAS hanya pandai berjanji


Menurut blog Putra Merdeka, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang sedang menyediakan pelan tanah terkini di Jajahan tersebut terutama di dalam Dewan Undangan Negeri Galas bagi dipersembahkan kepada pihak berkuasa di Kota Bharu.

Pelan tersebut merangkumi status tanah milik persendirian serta milik kerajaan siap dengan status rezab hutan simpan (yang sebenarnya sudah dogondolkan) di Lojing Hulu Kelantan, Rezab Melayu, tanah pertanian dan perindustrian, dan lain lain yang berkaitan.

Ini kerana pihak berkuasa di Kota Bharu akan cuba secepat mungkin untuk menyediakan 'blueprint' bagi pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan di DUN Galas.


Tujuan mereka untuk menjanjikan seperti janji pembangunan Tumpat yang kononnya bernilai RM4 bilion yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Tok Guru Dato Nik Aziz Nek Mat.

Difahami pihak PAS sedang bersiap mengumpul nama dan nombor kad pengenalan di dalam kawasan Pilhanraya menggunakan alasan kerajaan negeri akan mengurniakan tanah bagi penduduk di DUN Galas.

Inilah taktik lama jentera PAS yang sedia melelong agama dengan menjenamakan syurga untuk sesiapa memangkah calon PAS. Kepada pendokong totok PAS yang jelas buta mata dan hati, taksub membabi buta pasti akan terus mengekalkan kepercayaan yang mereka imani selama ini.

Jentera UMNO tidak perlu kejarkan mereka tetapi pujuk mereka yang telah 'berpaling' mengundi PAS serta mereka yang pernah merosakkan undi mereka. Tidak perlu menjanjikan macam-macam lagi kerana hanya perlu berkata benar bahawa UMNO/BN akan membangunkan dan menyalurkan bantuan mengikut peruntukan yang telah tersedia di dalam bajet yang bakal dibentang dua minggu lagi.

Tiada ulasan: