Ahad, Oktober 24, 2010
Jenaka orang Asli
Beberapa bulan lepas, Rahimi pergi ke Galas untuk riadah outdoor untuk bersantai dari tension. Jangan buat apa-apa andaian ya, ini bukan Rahimi Osman yang sedang dalam spotlight.
Ini Rahimi jurutera TNB.
Diatur kawan di Kelantan, mereka dibawa melawat rumah orang Asli. Sesampai di sana, Rahimi dan kawan tanya orang Asli samada sungai situ ada ikan Kelah.
Orang Asli kata ada tapi kena sabar.
Ditawarkan orang Asli itu upah untuk bawa mereka cari ikan Kelah. Dia setuju dan dibawa mereka ke sungai.
Setelah sejam mereka memancing tapi tak dapat-dapat ikan. Lalu ditanya orang Asli itu, "Banyak ka ikan Kelah sini?"
Orang asli pemandu mereka yang sedang menghisap rokok daun jawab, "Kalau dulu satu jam sudah dapat 10 ekor."
"Mungkin kami belum biasa. kita cuba lagi," kata Rahimi.
Lalu mereka cuba lagi. Tapi masih tak dapat.
"Tak akan lama sangat nak dapat ikan?"
"Memang dahulu 10 ekor sejam, tapi lama-lama jadi 5 ekor sejam. Akhir-akhir ini 1 ekor sejam baru dapat," terang orang Asli itu.
"Ya kah? Pencemaran alam sekitar kah di sini?"
Diam saje orang Asli. Takut dia mahu buat komen dengan orang-orang yang dia tidak kenali.
Rahimi langsung bertanya, "Orang Asli sini tak mengail lagi ka sini?"
"Kami masih mengail."
"Apa yang kamu kail?" tanya Rahimi keseronokan ingin tahu.
"Kami kail kijang emas."
"Kail kijang emas?" Rahimi tertanya.
"Buru ikan mas ke?"
"Tak kail ..."
"Saya nak tengok." Rahimi pinta.
Orang Asli ajak mereka ke satu tempat ....
(scroll lagi bawah)
Sambil tangannya menunjukkan ke arah sesuatu, orang Asli teriak, "Itu dia kijang mas!"
Inilah nasib orang-orang Asal yang kini habitat mereka sudah di cerobohi di Galas. Mana dia janji-janji. Nak dekat PRK baru nak sibuk konon tunai janji.
Husin Lempoyang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan