Ahad, Oktober 24, 2010

Jasa Allahyarham Che Hashim perlu PAS hebahkan I


Setelah tiga bulan berkampong di Galas, PAS masih tiada modal untuk digunakan buat berkempen. Blogger Pisau.net melihat PAS berkempen bermodalkan orang mati. (Baca di sini dan sini). Dua kali Harakah melaporkan mengenai jasa Allahyarham Chek Hashim. (Baca Harakah di sini dan sini)

Sepanjang Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak Mac 2008, keadaanya begitu gering. Pada bulan Julai 2008, beliau sudah mula menjalani rawatan intensif di China. Bila pula beliau sempat membawa kononnya pembangunan pesat tiga tahun kebelakangan ini?

Urusan kawasan tidak dikendalikan olehnya tetapi oleh ahli PAS yang lain. Sayang sekali, orang yang menjalankan tugasan wakil rakyat untuk Allahyarham tidak dihargai PAS untuk diberi peluang jadi calon.

Tujuan PAS menyebut nama Allahyarham pastilah untuk mengekalkan lanjakan dari kemenangan Allahyarham di Galas untuk menyokong undian lebihan 300 yang diperolehi Dr Zulkefli ke atas Tengku Razaleigh di kawasan kubu kuat UMNO di Galas pada PRU 2008.

Sungguhkah begitu banyak jasa Allahyarham hingga menjadi suatu daya tarikkan untuk pengundi memberi undi kepada calon PAS, Dr Zulkefli? Yakinkah penduduk di Kampong Sungai Tekar dan Kampong Sungai Ketil akan jasa Allayarham?





Pendedahan ini mungkin menimbulkan kemarahan sesetangah pihak kerana Allahyarham sudah tiada lagi. Tetapi yang benar walaupun pahit, harus diketahui ramai.Pembohongan yang cuba dilakukan PAS tidak harus dibiarkan berleluasa.

Pada tahun 1986, Allahyarham adalah seorang yang telah meneroka satu kawasan tanah seluas 300 ekar di Kampung Sg. Tekar dan Sg. Ketil, Lepan Tupai.

Difahamkan dari orang-orang kampung, Allahyarham terlibat sendiri yang menjual pokok-pokok balak yang dibersihkan. Untuk mengaburi tindakan salah memotong balak secara haram, setiap peneroka dijanjikan 6 ekar setiap seorang. Janjinya hanyalah janji.

Apa yang terjadi adalah Allahyarham cuba menukar nama tanah kepada nama beliau tetapi gagal. Kemudian, beliau telah menjual tanah tersebut kepada taukeh-taukeh Cina dengan alasan untuk dibangunkan sebagai projek Ladang Rakyat.



Pada tahun 2008, peneroka-peneroka baru menyedari tanah yang telah diterokai bersama oleh mereka sebelum ini telah ditukar hak milik kepada enam individu dipercayai ahli PAS dan proksi Allahyarham ADUN Galas tersebut. Antara inndividu yang terlibat menjadi proksi yang dapat kami perolehi adalah berikut:
  • Suji bin Yahya (No. KP 641113-03-5489)
  • Mohamad @ Isa bin Ismail (atau digelar sebagai Isa Kerepek) (No. KP 710726-03-5461)
  • Tuan Alias bin Tuan Yaacob (No. KP 640906-03-6137)
  • Che Omar bin Che Ngah (No. KPT 550719-03-5359) yang merupakan Penghulu Ladang Mentara

Mereka dipercayai telah menjual tanah tersebut kepada beberapa taukeh Cina untuk diri sendiri. Tanah selebihnya yang telah dijual oleh Allahyarham itu sendiri;

Setelah dijual taukeh-taukeh Cina telah meneres bukit untuk kegiatan pertanian sayur. Kerja-kerja tersebut sedang giat dijalankan. Ini telah menimbulkan keresahan dan tidak puashati di kalangan peneroka asal tanah..Keadaan tanah tersebut dapat dilihat dalam gambar-gambar berikut:


Tiada ulasan: