Isnin, Oktober 25, 2010

Bagaimana seorang Settlement Officer boleh hidup begitu mewah?



Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?


Menurut orang-orang Gua Musang, beliau adalah seorang yang korup.

Beliau merupakan salah seorang broker perantara kepada cina-cina Cameron Highland yang kini memiliki tanah di Lojing (sila rujuk video di bawah). Ramai tauke-tauke cina yang mendapat tanah dari Zakaria semasa dia menjadi SO di Gua Musang.


Sedikit latar belakang mengenai Zakaria.

Beliau adalah ahli PAS seumur hidup tetapi pernah bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai menentang Tuan Aziz. Walaupun beliau menabur duit untuk membeli undi, beliau masih tewas di tangan penyandang jawatan tersebut sekarang iaitu Tuan Aziz.

Tujuan Zakaria bertanding jawatan Ketua Pemuda Kuala Krai hanyalah untuk menjadi 'trojan horse' sahaja. Beliau fikir dengan cara itu beliau dapat mengusai Pemuda UMNO Kuala Krai sekaligus memusnahkan seteru utama belaiu iaitu Tuan Aziz.

Minggu lepas, beberapa 'tauke cina' datang berjumpa beliau dan meminta Zakaria agar segala perjanjian mereka (yang telah dibuat sebelum ini) tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Zakaria dikatakan berulang-alik ke Cameron Highlands setiap minggu. Mengapa dia suka ke Cameron Highlands? Setiap minggu pula tu?

Zakaria memiliki banyak tanah di Gua Musang, tetapi beliau tidak letakkan atas nama beliau. Zakaria menggunakan nama saudara-maranya. Khabarnya, beliau memiliki 6 ke 7 lot tanah.

Ada banyak lagi cerita mengenai Zakaria tetapi cukup setakat ini dahulu. Terjawabkah misteri bagaimana seorang yang berekerja sebagai SO boleh memiliki harta sebegini banyak?

SPRM wajar menyiasat Zakaria.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penulis wajar membuat repot ke SPRM sbb yg kena tuduh adalah pegawai kerajaan yg tiada kena mengena dgn PAS. Memang kehidupan sebagai SO dimana2 negeri mana sekali pun adalah amat meragukan.

Statement penulis psl OKT ahli PAS seumur hidup tp bertanding jawatan ketua pemuda UMNO K.Krai tu pelik sikit. Mcmana ahli PAS boleh tanding jawatan UMNO?

Longchepoh berkata...

Lepas kalah masuk jadi ahli PAS. Biasanya lagu tu lah cari platform baru. Manusia macam ni memang banyak. Masuk politik hanya nak cari peluang kesenangan diri. Bukannya perjuangan yang hak. Dalam semua parti ada manusia macam ni, UMNO ke PAS ke PKR ke. Tapi kalau dah Hidup Melebihi Pendapatan SPRM wajar siasat. Ada klausa dalam hal ini mengikut Akta SPRM.

Tanpa Nama berkata...

kalau rumah sebesar tu berlambak di kelantan terutama di Uda murni dan persekitaran jln pasir puteh,panji danlain lain dan 100 % adalah milek melayu tulin bukan melayu yang di sebut sebut PAU baru baru ni.pemilik nya adalah pelbagai profession dan bukan nya seperti di negeri lain yangmana pemilek rumah mewah adalah 95% bukan melayu, jadi moral of the story jangan cuba merendahkan kemampuan orang melayu tulin.

Ore Kerai berkata...

Salam Tuan ...

Memang tepat pada masa cerita pasal Zakaria didedahkan. Ini bukan sahaja tuduhan sebarangan ataupun satu rahsia kerana di sekitar Kuala Krai, Zakaria cukup bangga dgn tauke2 Cina yg "berkuasa" di Lojing.

Saya akan sambung lagi lepas Zohor, la ni nak pi lunch dulu.

ore kere berkata...

apa kes ahli pas masuk pemilihan ketua pemuda umno? boleh cerita lanjut? pelik cerita nih. kelakar pun ada juga

rumah besar di kelate mmg banyak. x payah la rasa pelik

Ore Kerai berkata...

Memang tak pelik banyak rumah besar di Kelantan, especially di area KB. Tambahan pula dgn adanya Hospital USM maka bilangan professional di KB makin ramai.

Yg menjadi persalan islah si Zakaria ni yg jawatannya jawatan jauh dari professional, tapi gaya hidup mengalah DO dan ADO. Dan menyedihkan juga si Zakaria bercakap besar dan cukup bangga dgn tauke2 Cina Lojing yg membela beliau.

Pasal pertandingan jawatan UMNO, Zakaria tidak mempunyai sebarang rekod sama ada pernah berkhidmat atau menolong parti dalam apa2 aktiviti. Yg sah, Zakaria mmg ahli PAS. Tapi secara tiba2 si Zakaria merasakan boleh membeli pengaruh Pemuda Kuala Krai dgn duitnya yg dikumpul dari amalan rasuah.

Namun terbukti Pemuda kuala Krai tidak boleh dijual beli dgn duit. Bilangan pencalonan yg Zakaria dapat cukup memalukan, hanya 13 sahaja. Akhirnya, kesombongan dan sifat bongkak Zakaria hanya jadi bahan ketawa di Kuala Krai.

Pada hakikat ... salah guna kuasa si Zakaria di Gua Musang dan Kuala Krai tidak akan berlaku jika Zakaria tidak dibantu oleh org2 kuat dalam PAS. Antara opemimpin kuat PAS yg berkomplot dgn Zakaria dlm penyeraha tanah Kuala Krai kpd org Cina ialah Ustaz Zulkifli, bekas YB.

Tanpa Nama berkata...

ayah saya adalah salah seorg pesara SO... 30thn berkhidmat, tidak ada satu rumah & tanah pun yg ada pada ayah saya (tidak berkemampuan dgn gaji). Kalu nak dikirakan, SO la yg paling sng nak kapur tanah free ni.... kalau camtu punya besar rumah, da boleh kalahkan pendapatan tokei besar / District officer... renung2kan la :)

Kacang Hijau berkata...

Aku tak kisah, kalau SPRM nak siasat pun. Kalau terbukti laa mmg betul dia rasuah, alhamdulillah dah terang terangan kaki rasuah kena tendang dr PAS.

Cuma yg peliknya siasatan SPRM kat orang2 BN, masih x setel2 lagi. Jangan nnt siasatan melibatkan orang2 PR zuuppp laju je siasat bekerja siang malam, tapi mai tang orang BN, senyap dan buat2 buta aje..

Aku antara rakyat yang menyokong kerajaan yang adil, dan menentang rasuah!

Tanpa Nama berkata...

Di kelantan banyak rumah mewah kepunyaan org melayu tapi kena tanya balik org melayu yg macam mana maksud tuan ada kah hasil titik peluh dia ke atau macam dalam gambar yg penulis lampirkan kenapa pemimpin pas kaya kaya di kelantan dan luar kelantan ada ini yg mereka takutkan rakyat tahu memang mereka kaya walau pun asal usulnya memang miskin tiba tiba kaya raya mereka kaya tak apa rakyat biar miskin tak apa asalkan rahsia mereka rakyat tak tahu allah menguji mereka dengan kekayaan sedangkan laungan mereka tegakan negara islam dinegara bagaikan mencurah air kedaun keladi berpura pura supaya rakyat masih mahu menyokong mereka bolih kekalkan kekayaan itu lah kerja pas selama ini akan sampai masa nya allah akan tarik semua kemewahan yg ada.

maae berkata...

Kito dok mngutuk,tikam sesamo bangso ni pasa pitih la...

Buke pasa melayu Islae tu Satu. Agamo mainae sajo..pitnah oghe tu ambo suko...

Asa ati puah..janji pitih masyuk... bab politik bodek slalu... doso palo tolak tepi...he..he..he..

Ambo nak harto + bini mpat,tak tau ko!

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH ... nawok tu mung tu, pok ya ni banyak wat kerjo gadai tanoh melayu nga Ustaz Zu, bekas YB PAS hok kuat makan rasuoh ... 2 x 5 nga pok ya

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH ... pok ya tak sempat pun bertanding sebab kena reject awal2 lagi pado peringkat cawangan ... pencalonan hok pok ya bulih pung bulih kiro nga jari!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita bukan kira berapa banyak pencalonan yang dia dapat tapi macam mana ahli PAS seumor hidup boleh bertanding ,samada kalah di cawangan ke atau bahagian ke itu bukan masaalahnya seperti juga bagaimana bangunan UMNO bahagian KB terjual kepada PAS.

Tanpa Nama berkata...

sebab tu aku kato ... BASO BODO!!!

daftar dua parti buke masalah budok awe ... pok ya raso duit dia bulih beli pengaruh ... dan dia cuba tabur di cawangan ..... tapi oleh sebab dio buke ore hok berjuang dale umno ..... pitih pok ya hok banyok dari amalan rasuoh tok laku pung ko pemuda ... sebab tu cukup pencalonan ..... jadi kesimpulan ....... TIADA PERTANDINGAN ... ADA PEHE???

Tanpa Nama berkata...

sebab tu aku kato ... BASO BODO!!!

daftar dua parti buke masalah budok awe ... pok ya raso duit dia bulih beli pengaruh ... dan dia cuba tabur di cawangan ..... tapi oleh sebab dio buke ore hok berjuang dale umno ..... pitih pok ya hok banyok dari amalan rasuoh tok laku pung ko pemuda ... sebab tu DOP cukup pencalonan ..... jadi kesimpulan ....... TIADA PERTANDINGAN ... ADA PEHE???

Anak Perelih berkata...

hahahahaha.... ahli PAs bertanding jawatan dalam UMNO.... hahahahaha sebab dia jadi ahli UMNO kut tu yang dia kuat rasuah.... hahahahah kat Kelantan ni ada jugak ke kakitangan kerajaan negeri nak menonjolkan diri sebagai org kuat UMNO kalau dia bukan memang berjiwa UMNO.... dia masuk PAS kalau betul pun sebab frust didalam UMNO..... memang terbukti UMNO parti rasuah....

Tanpa Nama berkata...

politik kotor berada dimana-mana. Tak kira PAS/PKR/UMNO..

PAS tak nak jawab ke kes nih?

pakcik berkata...

orang pejabat tanah nih...biasa jd broker kpd org2 lain...saya pernah tgk hamper diberikan sorang satu olh org tertentu kpd pekerja2 pejabat tanah...tidak hairan kenapa mereka semua blh hidup senang lenang.

itu yg kita tgk..hamper..apatah lg yg tidak blh nampak.

kadang2 ada juga g bergerak berkumpulan dgn keluarkan geran tanah atas nama individu tertentu...kemudian pecah kan kpd lot2 kecil...lot2 kecil itu dijual dan hasilnya mereka akan dapat habuan masing.

orang pejabat tanahlah yg paling sial dlm negara ini...sbb merekalah tanah melayu semakin hari semakin mengecil.