Oleh Warisan Senoi Praq
Masyarakat Orang Asli Kampung Sendrod, Lojing, Gua Musang tidak berpuas hati dengan pengusaha-pengusaha kebun sayur sekitar Lojing yang tidak menerima masyarakat orang asli untuk berkerja di kebun-kebun sayur.
Mereka hanya ditawarkan gaji yang terlalu rendah.
Jika ada pampasan diberi, jumlah yang ditawarkan terlalu rendah dan janji pemberian mereka sering tidak dikotakan.Pihak kerajaan memilih-memilih hanya sebahagian dari penduduk orang ASli untuk dijadikan peserta Ladang Rakyat untuk dapat wang bulanan RM200.
Pengusaha-pengusaha ini yang dipajakkan tanah oleh kerajaan PAS negeri untuk 100 tahun telah mereka mengenepikan orang ASli tempatan dan menjerut penghidupan rakyat ini.
Sudahlah tidak diberikan kerja, mereka mengambil pekerja-pekerja asing khususnya dari Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka dan Myanmar untuk mengerjakan ladang sayuran mereka, luar.
Keadaan ini telah menyebabkan ramai kalangan muda-mudi masyarakat orang asli Kampung Sendrod terpaksa bekerja di luar kampung mereka.
Pengusaha-pengusaha ladang sayur sekitar Lojing tidak mesra dengan masyarakat Orang Asli sehingga tidak mempedulikan bahawa mereka telah menggunakan serta merosakkan jalan kampung yang menjadi laluan utama masyarakat sekitar.
2 ulasan:
minta izin linkkan blog hebat ini. terima kasih.
http://mediawangsamaju.blogspot.com/
jom gonjeng kan kepala nik aziz macam lojing
kah kah kah
Catat Ulasan