Rabu, Oktober 27, 2010

Kesusahan dan ugutan membuat kaum Cina Kg Pulai undi PAS



LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.


Mereka menoreh di atas tanah yang diteroka tetapi belum mendapat geran hakmilik. Bergantung kepada sumber kewangan dan keupayaan masing-masing, kebun yang diusahakan seluas dalam 1 – 6 ekar setiap orang.

Ada seramai 54 orang penduduk kaum Cina Kg. Pulai yang telah lama diberi hak milik tanah keatas tapak rumah dan ladang getah yang telah mereka usahakan.

Sejak 2004, sebanyak 30 pemohonan telah berjaya memperoleh geran hak milik tanah berstatus pajakan selama 30 tahun. Kadar bayaran adalah murah sebanyak RM2,800 setiap lot sebesar 6 ekar. Harga semurah ini yang merupakan tarikkan untuk kekal duduk di Gua Musang.

Selama ini penduduk kaum Cina Kg. Pulai mengambil pendekatan ‘usaha dulu baru bayar.’ Mereka meneroka secara haram tanpa membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Bayaran dibuat apabila permohonan diluluskan.

                
TANAMAN GETAH YANG TELAH PUN DITUAI HASIL DI KG. PULAI

Selagi permohonan tidak diluluskan, kehidupan mereka tidak stabil dan terjamin. Bila-bila masa, tanah yang mereka bergantung hidup boleh terlepas dari tangan mereka.

Ada lebih kurang 60 orang penduduk yang menunggu kelulusan pemilikan tanah. Kebanyakan mereka merupakan generasi kedua yang memohon penambahan tanah.


               
KAWASAN PENANAMAN GETAH YANG BARU
 DIUSAHAKAN OLEH PENDUDUK KG. PULAI

Dikatakan sejak pertengahan 2009, semua permohonan tanah telah dibekukan sementara. Ini yang menimbulkan kerunsingan dikalangan pengusaha tanah tersebut.

Kaum Cina di Kg. Pulai tidak condong kepada mana-mana parti politik. Mereka sedar kawasan Gua Musang adalah kawasan Melayu dan kaum Cina tidak akan berupaya menjadi wakil rakyat sini. Mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan untuk menyokong mana-mana parti.

Apa yang penting kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa dan tidak diganggu. Mereka hanya mahu hidup aman dan sejahtera untuk menghidupkan keluarga.

Pembekuan pengeluaran geran halmilik tahun 2009 mewujudkan perasaan bimbang dikalangan mereka. Mereka takut PAS akan ambil balik tanah mereka. Dengan BN tidak dilihat akan ambilalih kerajaan negeri, mereka terpaksa memberi sokongan undi kepada PAS supaya tanah mereka tidak diambil.

Dakyah perang psikologi PAS menggambarkan seolah-olah sekiranya parti BN memerintah, tanah yang diusahakan mereka akan diambil oleh kerajaan BN untuk membangunkan kawasan tersebut. Ini boleh menyebabkan mereka kehilangan ladang getah dan kehilangan punca pendapatan.

PAS turut menabur janji mereka tidak akan mengganggu kawasan penempatan/ladang mereka. Sekiranya ianya berlaku, pihak PAS berjanji akan menggantikan dengan kawasan lain yang mempunyai luas yang sama.

Sudah 10 tahun PAS berjanji akan beri hak milik, sedarkah mereka PAS hanya pandai menabur janji tetapi tidak dikotakan? Ada yang sedar tetapi keadaan hidup menyebabkan mereka terpaksa telan walaupun pahit realitinya.

2 ulasan:

SPU berkata...

tuan, sertakan saya dalam link perjuangan Galas untuk BN,
http://spu-bloggers.blogspot.com/
Suara Prihatin UMNO Jerantut

Tanpa Nama berkata...

Amal Jariah = Rasuah
Rasuah = Balak
Balak = Menantu
Menantu = Crony
Crony = Ikut Nabi
Masuk Gereja = Ikut Nabi
Main bontot = Ikut DSA
Jual Bini = Ikut Azmin
PAS for all
Israel for all untuk pelancongan
PAS untuk all termasuk pelacur Eli Wong, komunis DAP, Kaki bontot, kaki botol, kaki Amal Jariah=Rasuah=Balak,