Pas tidak senang dengan tarikh tersebut.
Dua alasan yang mereka berikan
1) Sidang DUN Kelantan sedang berlangsung.
2) Hari bekerja dan semalam Nik Aziz kata dia mungkin akan umum cuti peristiwa pada tarikh itu. Sini
Itu semua tak betul wahai sahabatku sekalian. Ada sebab lain lagi yang mereka marah sangat pada tarikh dan hari itu. Temui jawapan nanti.
Mari kita lihat tarikh-tarikh dan hari prk yang lepas dalam penggal ini.
- P.Pauh - 26.8.08(selasa) PKR menang.
- K.Trengganu - 17.1.09(sabtu) PAS menang
- B.Gantang - 7.4.09(selasa) PAS menang
- B.Selambau - 7.4.09(selasa) PKR menang
- Batang Ai - 7.4.09(selasa) BN menang
- Penanti - 31.5.09(ahad) PKR menang
- M.Urai - 14.7.09(selasa) PAS menang
- Pmtg Pasir - 25.8.09(selasa) PAS menang
- Bgn Pinang - 11.10.09(ahad) BN menang
- Hulu Selangor - 25.4.10(ahad) BN menang
- Sibu - 16.5.10(ahad) DAP menang
- Galas - 4.11.10(khamis) ? memang
11 prk, tiga sahaja yang dimenangi BN, lapan di menangi Nik Aziz dan rakan-rakannya.
Daripada lapan yang dimenangi mereka kebanyakan hari mengundi jatuh pada hari bekerja, kecuali K.Trengganu, Penanti dan Sibu.
Sepatutnya dalam soal hari mengundi BN yang perlu bimbang, bukannya Pas. Ini kerana setakat ini jika hari pengundian jatuh pada hari bekerja ianya tidak membawa tuah kepada BN. Tuah untuk BN hanya ada di hari cuti iaitu ahad, kecuali di Sibu dan Batang Ai. Sila lihat rekod di atas.
Selain dari isu hari mengundi hari bekerja, Pas juga tidak setuju tarikh itu kerana ianya bertembung dengan sidang Dun Kelantan. Apa masalahnya ?
Semua adun Kelantan dalam dewan itu nak pergi mengundi ke ?
Husam Musa nak pergi pandu kenderaan angkut pengundi ke ?
Sebelum ini pernah juga berlaku prk parlimen pada masa Dewan Rakyat sedang bersidang, tiada masalah pun.
Itu semua alasan sahaja.
Sebab utama Pas nak hari mengundi pada hari cuti seperti berikut.
Hari cuti di Kelantan adalah jumaat dan sabtu.
Tak mungkin ianya diadakan pada hari jumaat. Sudah tentu pada hari sabtu.
Pas nak menang di Galas dan dia nak akan 'all out' untuk menang. Keputusan Manek Urai serta bayang-bayang Ku Li dan Kickdefella sentiasa menghantui Pas.
Apabila nak menang sudah tentu dia kena guna apa cara sekali pun untuk menang.
Sebab itu dia nak hari mengundi jatuh pada hari Sabtu.
Kenapa rbf ?
Kerana dia nak gunakan mimbar jumaat hari terakhir kempen pada 3.nov.2010 iaitu lebih kurang 20 jam sebelum pembuangan undi bagi menurunkan 'wahyu-wahyu' Nik Aziz untuk menakut-nakutkan pengundi dan seterusnya mengundi Pas.
Dalam pilihanraya 24 jam terakhir adalah saat-saat penting dan genting, sesiapa yang pandai menggunakan waktu itu dia akan berjaya kerana lawan tak sempat nak balas balik.
Jumaat terakhir sebelum hari mengundi ialah 29.10.2010 iaitu kira-kira lima hari sebelum mengundi. Hari itu bukan hari terbaik untuk mereka menurunkan 'wahyu-wahyu' Nik Aziz kerana ianya sempat dijawab balik atau dijelaskan kembali kepada rakyat oleh lawan mereka.
Jadi, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz dan anak emasnya itu hanya pembohongan semata-mata. Sebab sebenarnya ialah kerana nak gunakan mimbar jumaat untuk kepentingan politik Pas.
RBF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan